Berdasarkan laman Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, dua sungai di daerah Kubang Pasu iaitu Sungai Laka di Kampung Padang Pasir mencatatkan bacaan 22.95 meter melepasi paras bahaya 21.6m dan Sungai Bata di Kampung Bata mencatatkan bacaan 9.56 meter (9.14m).
Selain itu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman daerah Kota Setar mencatatkan bacaan 3.01 meter (2.6 m) manakala daerah Padang Terap iaitu Sungai Perik di Kampung Perik melepasi bacaan paras bahaya 16.32 m (14.2 m).
Sementara, empat sungai iaitu Sungai Ketil, Kuala Pegang (Baling) dan Sungai Titi Kerbau, Kubur Panjang (Pendang), Sungai Sari di Kilang Gula (Padang Terap) dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas (Kubang Pasu) sudah melepasi paras amaran.