Sebanyak empat sektor diwujudkan bagi mencari bangkai helikopter AS350 yang terhempas di Sungai Batang Lupar, Sarawak yang mengorbankan enam mangsa, awal bulan ini.
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata fokus utama pencarian ketika ini adalah di Sektor A iaitu kawasan seluas 42 kilometer persegi berhampiran Lingga.
"Hasil perbincangan antara agensi terlibat, pencarian adalah tertumpu di Sektor A di mana tiga mangsa serta serpihan pesawat ditemui.
"Operasi di sektor berkenaan yang bermula Rabu (18 Mei) dijangka mengambil masa antara 10 hingga 14 hari dengan menggunakan peralatan sonar," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, beliau berkata TLDM akan menggunakan Sonar Pengimbas Sisi - Klein 3900 untuk mengesan bangkai helikopter itu.
BACA: Rangkuman nahas helikopter AS350
BACA: Nahas helikopter Sarawak: Operasi bersepadu kesan bangkai AS350 Khamis ini
BACA: Nahas helikopter AS350: Pencarian bangkai helikopter diteruskan - DCA
"Sistem ini mampu memaparkan imej dasar laut, sungai serta tasik. Ia merupakan sistem atau peralatan sonar yang beresolusi tinggi kerana dapat dioperasikan pada frekuensi 900 kHz atau 445 kHz.
"Pihak berkuasa terus komited untuk melaksanakan pencarian bangkai pesawat helikopter bagi menyiasat punca kejadian. Operasi mencari dilaksanakan secara bersepadu," katanya.
Ahmad Kamarulzaman berkata operasi pencarian ini diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan disertai agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata cabaran utama yang dihadapi pasukan pencarian adalah keluasan kawasan pencarian, arus deras, air sungai yang keruh dan buaya.
"Buat masa ini tiada sebarang petunjuk ditemui yang menjurus kepada penemuan bangkai pesawat.
"Bagaimanapun usaha mengesan dan mencari masih giat dilaksanakan dan diharap usaha bersepadu ini akan membuahkan hasil," katanya.
Dalam tragedi 5 Mei lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350, yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, dipercayai terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, dan sehingga kini badan utama pesawat itu masih belum ditemui.
Kesemua enam mangsa - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai; serta juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas berjaya ditemukan.
Pada 12 Mei lepas, Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata pencarian bangkai helikopter itu masih diteruskan bagi membolehkan siasatan punca berlakunya kemalangan itu dijalankan.
Bernama
Sun May 22 2016
![Empat sektor diwujudkan bagi kesan bangkai helikopter AS350 Empat sektor diwujudkan bagi kesan bangkai helikopter AS350](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51462772055_MayatKeEnam.jpg)
Dalam tragedi 5 Mei lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350, yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, dipercayai terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, dan sehingga kini badan utama pesawat itu masih belum ditemui. - Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/61461556246_PanglimaTLDM.jpg)
Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.
!['Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie 'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540699207_paskal.jpg)
'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie
Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.
![Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531541709_TBJENAZAHTLDM.jpg)
Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan
Lebih 300 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengebumian itu yang dilakukan mengikut istiadat pengebumian pegawai kanan TLDM.
![Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499415446_PanglimaTenteraLau.jpg)
Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.
![Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461556246_PanglimaTLDM.jpg)
Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sifatkan pihak terlibat mengambil kesempatan akibat terdesak hingga sanggup memutar belit kenyataannya.
![TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/51503279208_USSJohnSMcCain.jpg)
TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain.
![Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61499415446_PanglimaTenteraLau.jpg)
Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM bakal menerima secara berperingkat kapal misi pesisir, Littoral Mission Ship (LMS) mulai 2019.
![Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453562501_KamarulzamanAhmedB.jpg)
Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.
![10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM 10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461556246_PanglimaTLDM.jpg)
10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM
Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.
![Eksesais Amfibi Siri 3 wujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan Malaysia-AS Eksesais Amfibi Siri 3 wujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan Malaysia-AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453562501_KamarulzamanAhmedB.jpg)
Eksesais Amfibi Siri 3 wujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan Malaysia-AS
Eksesais Amfibi Siri 3 melibatkan tentera Malaysia dan Amerika Syarikat penting bagi mewujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan dan meningkatkan kemahiran anggota terlibat.