Empat sekeluarga maut kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar
Astro Awani
Februari 27, 2022 13:59 MYT
Februari 27, 2022 13:59 MYT
KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dilaporkan dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux yang hilang kawalan.
Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.52 pagi.
"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit," katanya.
Kemalangan | Empat sekeluarga maut di Lebuhraya Sultan Iskandar
Menurut kenyataan tersebut, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai P Milan Damani,32; C Thinisha, 31 dan dua kanak-kanak lelaki D Ishaan Ivaan,3 serta D Rihaan Ivaan,4.
Sementara itu pemandu Toyota Hilux mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut