Empat sekeluarga mangsa kebakaran USJ selamat disemadikan
Astro Awani
Februari 10, 2017 16:13 MYT
Februari 10, 2017 16:13 MYT
Empat sekeluarga yang maut dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Selangor pada Isnin selalu selamat di semadikan di Krematorium Jalan Berapit , di sini hari ini.
Mayat mendiang Lim Ah Kok, 58, Gih Bre Khim,51, dan dua anak mereka, Lim Yong Liang, 20, dan Lim Yong Wei, 17, tiba di pusat itu pada jam 12.50 tengah hari diringi anak sulung pasangan itu, Lim Yi Jun .
Upacara pembakaran berlangsung pada jam 1 petang selepas mayat keempat-empat mangsa dibawa dari rumah perkhidmatan pengebumian, Jalan Bunga Raya di Mak Mandin.
Dianggap lebih 200 ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberi penghormatan terakhir kepada kesemua mangsa.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, empat sekeluarga berkenaan maut terhidu asap tebal selepas rumah dua tingkat itu terbakar.
Bagaimanapun anak sulung pasangan berkenaan, Lim Yi Jun, 23, selamat kerana tiada di rumah berikutan menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi (IPT).
#kebakaran
#kebakaran Subang Jaya
#Lim Yi Zun
#rumah pengebumian
#Rumah Pengebumian Jalan Bunga Raya Merah
#USJ