Empat sederetan kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran

Bernama
Oktober 20, 2023 12:15 MYT
Anggota bomba ketika operasi pemadaman api dilakukan. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Sederetan empat rumah kedai dua tingkat termasuk bengkel motosikal, kedai kunci, stor dan premis kosong di Jalan Perak, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mihd Fadli Omar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.23 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, empat unit kedai dua tingkat di situ sedang terbakar dan api marak, pihak kami terus menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal api dari terus merebak ke beberapa premis berdekatan.
"Setiap kedai berkeluasan 300 kaki persegi dan kesemua premis tersebut musnah lebih 90 peratus." katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat, katanya.
-- BERNAMA
#kebakaran #rumah kedai #bengkel motosikal #kedai kunci
;