Empat sahabat nyaris maut kereta terbalik dalam parit
Adie Sufian Zulkefli
Mei 29, 2020 11:29 MYT
Mei 29, 2020 11:29 MYT
"Berpantang maut sebelum ajal.”
Demikian terjadi kepada empat sahabat yang nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang mereka naiki terbalik dan terbabas ke dalam parit di Napoh, di sini, malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.37 malam sewaktu hujan lebat.
Katanya, sebaik bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa berada di dalam kereta terbabit.
Anggotanya bertindak mengeluarkan keempat-empat lelaki terbabit dari dalam kenderaan yang terbalik.
Dua daripada mangsa mengalami cedera ringan manakala dua lagi tiada sebarang kecederaan.
Keempat-empat mangsa berusia 20-an itu dihantar ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.
#bomba
#cedera
#JBPM
#Kedah
#kenderaan pacuan empat roda
#kereta
#mangsa
#maut
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#operasi