Kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas.
Kejadian berlaku di Pantai Teluk Bidara, Dungun kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.
Bagaimanapun dua daripada mereka berjaya diselamatkan dan empat lagi masih belum ditemui.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin dari Kuantan, Pahang; Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu; dan Muhammad Zul Fahmi Zuki dari Kemaman, Terengganu.
Kesemua mereka berusia 21 tahun dan dikatakan ke pantai berkenaan untuk mandi.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azman Alias berkata, ketika ini pasukannya sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.
Katanya seramai 14 kekuatan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.
Nur Fazlizai Ali
Fri Jan 17 2020
![Empat pelajar politeknik dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara Empat pelajar politeknik dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579266535_lemas.jpg)
Kejadian berlaku di Pantai Teluk Bidara, Dungun kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Kanak-kanak Orang Asli Kuala Betis dikhuatiri lemas Kanak-kanak Orang Asli Kuala Betis dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718377639_KanakkanakOrangAs.jpg)
Kanak-kanak Orang Asli Kuala Betis dikhuatiri lemas
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas dalam satu kejadian di Sungai Nenggiri, petang tadi.
![Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708683141_anggotabomba.jpg)
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
![Pencarian remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin diteruskan Pencarian remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695606862_Pencarian.jpg)
Pencarian remaja dikhuatiri lemas di Teluk Senangin diteruskan
Sehingga kini operasi pencarian giat dilakukan untuk mengesan mangsa di sekitar kawasan itu.
![Lelaki dikhuatiri lemas ketika aktiviti riadah di Taman Rekreasi Alor Lempah Lelaki dikhuatiri lemas ketika aktiviti riadah di Taman Rekreasi Alor Lempah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691306291_lemas.jpg)
Lelaki dikhuatiri lemas ketika aktiviti riadah di Taman Rekreasi Alor Lempah
PPDA JBPM Selangor tiba di lokasi pada jam 10.50 pagi dan operasi pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dan pada kedalaman air lima meter.
![Kanak-kanak tiga tahun dikhuatiri lemas jatuh tali air Kanak-kanak tiga tahun dikhuatiri lemas jatuh tali air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670859129_LEMAS.jpg)
Kanak-kanak tiga tahun dikhuatiri lemas jatuh tali air
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar, petang tadi.
![Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651931852_lemas.jpg)
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.
![Pelatih AMD dikhuatiri lemas sempat 'reunion' bersama rakan Pelatih AMD dikhuatiri lemas sempat 'reunion' bersama rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648124747_mencarimangsalemas.jpg)
Pelatih AMD dikhuatiri lemas sempat 'reunion' bersama rakan
Seorang daripada rakan mangsa berkata sebelum kejadian itu mereka berlima termasuk mangsa bertemu serta mandi di sungai berkenaan.
![Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637894298_TBlemas.jpg)
Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas
Mangsa berusia 14 tahun itu dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bersama tiga lagi individu.
![Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus - Bomba Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607989423_NorazamKhamis.jpg)
Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang dibawa arus - Bomba
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, di sini hari ini.
![Bot terbalik, dua dikhuatiri lemas di Tenom Bot terbalik, dua dikhuatiri lemas di Tenom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632319720_tbbomba.jpg)
Bot terbalik, dua dikhuatiri lemas di Tenom
Seorang lelaki berusia 50 tahun dan kanak-kanak lelaki 10 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka bagi membeli barang keperluan, terbalik di Sungai Padas, Kampung Kalandos Pangi.