BATU PAHAT: Empat nelayan berdepan detik cemas apabila hanyut kira-kira sembilan jam selepas bot mereka karam dipukul ombak ketika menangkap ikan di kedudukan 3.9 batu nautika barat daya Pantai Perpat, dekat sini, tengah malam Khamis.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata selepas mendapat laporan mengenai kejadian itu pada 12.15 malam itu, Maritime Rescue Sub-Centre Johor Bahru mengaktifkan Op Carilamat bagi mencari mangsa yang berusia antara 25 hingga 34 tahun itu.
Beliau berkata susulan kejadian itu, Zon Maritim Batu Pahat telah mengatur gerak bot Benteng 5 dan bot Petir 51 ke lokasi kejadian bagi mengesan bot nelayan berwarna biru dengan pendaftaran SLFA 5050 yang dilaporkan karam bersama empat kru.
"Sebuah pesawat udara AW139 Maritim Malaysia juga ditugaskan dalam operasi pengesanan dan pencarian udara dengan turut dibantu radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut," kata beliau dalam dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Simon berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan, ditemui selamat pada kedudukan 10.8 batu nautika barat daya muara Batu Pahat, kira-kira 9 pagi tadi oleh bot nelayan lain yang menyertai Op Carilamat.
"Keadaan keempat-empat mangsa, yang berasal dari Pontian Kechil itu, selamat dan kesemua mereka telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing," kata beliau.
Sehubungan dengan itu, komuniti maritim diingatkan sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca dan laut ketika ingin melakukan aktiviti perikanan di laut.
"Sekiranya terdapat sebarang aduan kesalahan jenayah di laut atau kecemasan segera hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199 401 atau talian kecemasan MERS 999," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Zon Maritim Batu Pahat telah mengatur gerak bot Benteng 5 dan bot Petir 51 ke lokasi kejadian bagi mengesan bot nelayan yang dilaporkan karam bersama empat kru. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

'Suspek memang dikenali bermasalah, kalau tahu saya halang dia berjumpa'
Nelayan yang mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, sekiranya mengetahui pelanggan tersebut adalah suspek, dia pasti akan berusaha menghalang pertemuan itu.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

KKDW peruntuk RM28 juta naik taraf jalan raya di Sungai Burung
Peruntukan itu diberikan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat pelancongan menarik dan menjadi tumpuan orang ramai.

Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.

Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Pasor Percuma Ganu Kite! Bantu penduduk terjejas banjir
Sekumpulan sukarelawan menganjurkan program pasar percuma di sini hari ini bagi membantu mangsa banjir terutama golongan kurang berkemampuan.