Empat maut nahas dua kenderaan di Kuala Nerus

Sharom Abu Bakar
Mei 25, 2019 04:09 MYT
Nahas dua kenderaan di Kampung Sungai Ikan jam 9.20 pagi ini. -Astro AWANI
Empat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan.
Nahas berlaku di Kampung Sungai Ikan kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dan Peugeot.
Katanya sejurus menerima panggilan, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi.
Kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan pihak bomba manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.
Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
#Kampung Sungai Ikan #kemalangan #Nahas #Rozizah Abni Hajar