YALA: Terdapat hanya empat atau lima pasangan sahaja dari Malaysia yang melangsungkan perkahwinan di Wilayah Yala, Thailand berbanding Narathiwat dan Songkhla.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Yala Nik Muhamad Amin Nik Soh berkata sehingga kini jika dihitung, tidak ramai pasangan dari Malaysia yang datang berkahwin di wilayah berkenaan.
Menurutnya, perkara itu disebabkan kedudukan wilayah tersebut agak jauh dari sempadan menyebabkan ramai pasangan Malaysia memilih berkereta ke Narathiwat atau melalui penerbangan terus ke Songkhla.
"Biasanya mereka yang datang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dan perlu datang ke Yala bagi melengkapkan dua marhalah atau ukuran perjalanan iaitu lebih 90 kilometer.
"Bagi pasangan yang menggunakan penerbangan, biasanya akan ke Songkhla kerana di sana mereka boleh bernikah dan terus mendapatkan pengesahan dari pihak Konsulat Malaysia, seterusnya mendapat sijil nikah," katanya yang juga Imam Besar Masjid Yala.
Mengulas lanjut, Nik Muhamad Amin berkata proses nikah di Thailand sebenarnya mempunyai syarat-syarat seperti mana di Malaysia dan akan disoal berhubung faktor mengambil tindakan kahwin di Thailand.
"Kita meletakkan syarat ketat kerana tidak mahu pasangan tersebut berhadapan masalah pada masa hadapan terutama apabila mendapat anak sekiranya tidak didaftarkan di Malaysia.
"Bagi pasangan berkahwin di Thailand, sekiranya mahu bercerai, mereka perlu hadir menyelesaikannya di negara ini, manakala bagi yang kahwin di Malaysia tetapi mahu bercerai di Thailand, ia tidak dibenarkan apatah lagi sekiranya tidak didaftarkan kerana tindakan itu bakal mengundang banyak masalah kepada pasangan wanita seolah-olah digantung tidak bertali," katanya.
Pada masa ini terdapat 30 jurunikah yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Yala dan mereka perlu mempunyai tandatangan dari Majlis Agama Islam dari seluruh negeri di Malaysia untuk diberikan kebenaran menikahkan pasangan Malaysia, tambah beliau.
"Tindakan ini sekali gus berjaya mengurangkan kes-kes perkahwinan melibatkan jurunikah tidak bertauliah dan mendatangkan masalah kepada pasangan pada masa hadapan," katanya yang akan mengadakan mesyuarat dengan pihak Majlis Agama Islam dan Istiadat Kelantan (MAIK) pada Ogos depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Pada masa ini terdapat 30 jurunikah yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Yala. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pembebasan tebusan: ‘kezaliman yang tidak terbayangkan’ – Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengkritik kaedah pembebasan tujuh tawanan warga Israel di Khan Younis Gaza.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Impian Goh-Shevon ke final All England musnah
Impian beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke pentas final kejohanan badminton All England 2019 tidak kesampaian.