Empat lagi memeluk agama Islam pada ceramah Dr Zakir Naik

Bernama
April 17, 2016 11:28 MYT
Ceramah Dr Zakir semalam yang dihadiri lebih 30,000 orang. - Gambar fail
Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam tadi.
Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.
Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

"What is your name?" "Johari. Johari bin Abdullah." Hadirin yang baru bersyahadah dipeluk. #AWANInews @501Awani pic.twitter.com/eIN5E37IaT

— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) April 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seorang hadirin mengucapkan dua kalimah syahadah selepas soalannya dijawab oleh Dr Zakir. #AWANInews @501Awani pic.twitter.com/hNhkMflQCr

— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) April 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: 8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
"Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim," kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.
Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.
Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nai Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu 'ya' dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.
Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.
Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.
Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.
Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.
Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka esok.
#berita Zakir Naik #penceramah #Zakir Naik
;