Empat kereta kemalangan akibat pemandu mengantuk

Astro Awani
Julai 7, 2016 22:49 MYT
Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan. -Gambar: Twitter/JBPM
Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini, pagi tadi.
Mangsa Abdullah Asri @ Amat, 60, bersama isterinya, Mariyatul Batang, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman kemalangan jam 9.40 pagi itu berlaku selepas pemandu kenderaan pelbagai guna menghala ke sungai rengit masuk ke laluan bertentangan akibat mengantuk.
Ia menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan tiga lagi kenderaan.
Akibat dari kemalangan itu pemandu dan penumpang salah sebuah kereta meninggal dunia.
Siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan dua hala yang lurus dengan garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.
Permukaan jalan kering dan cuaca baik pada waktu pagi.
#hari raya #kemalangan jalan raya #Superintendan Rahmat Othman
;