Empat kedai di Larkin Sentral terbakar

Afiezy Azaman
Julai 23, 2023 11:15 MYT
Kemusnahan di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bharu, awal pagi ini susulan kebakaran melibatkan empat unit premis perniagaan. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Daerah Johor Bahru
KUALA LUMPUR: Empat buah kedai di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bharu, musnah terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.50 pagi.
Seramai 27 pegawai dan anggota dari BBP Larkin dibantu BBP Tebrau berserta lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran menjejaskan empat premis perniagaan melibatkan kedai menjual bahan bacaan, bahan kosmetik dan bahan herba tradisional.
"Kesemua kedai yang berukuran 25 meter persegi itu musnah antara 10 dan 90 peratus.
"Namun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Larkin Sentral menempatkan terminal bas dan pasar awam serta premis perniagaan, terletak di tengah bandar raya Johor Bahru.

Larkin Sentral Johor Bahru terbakar Pagi ini. Hope tiada kemalangan jiwa berlakku #johor ##jdt pic.twitter.com/yvIrU3sYkF

— Johor Destinasi Permata Selatan (@BakarAzhari) July 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedang berlaku kebakaran besar di Aras Satu., Terminal Bas Larkin Sentral., Johor Bahru pagi ini.. Punca kebakaran belum diketahui.. pic.twitter.com/mfa41Mf6u2

— Zack Zycharyan (@zycharyan) July 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, Mohd Faiz berkata, kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.25 pagi namun operasi lanjut masih diteruskan.
"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.
#bomba #Terminal Pengangkutan Awam Larkin #kebakaran #premis perniagaan terbakar
;