Empat kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Sinar Harian
Julai 24, 2024 11:23 MYT
MetMalaysia memaklumkan, terdapat dua kawasan di Perak mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Larut Matang dan Kuala Kangsar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di empat kawasan di Semenanjung.
Jabatan itu memaklumkan, terdapat dua kawasan di Perak mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Larut Matang dan Kuala Kangsar.
Selain Perak, terdapat dua kawasan lain mencatatkan suhu panas Tahap 1 iaitu di Kuala Kerai, Kelantan dan Rompin, Pahang.
"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
"Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu. - Sinar Harian
#cuaca panas #MetMalaysia #Amaran Cuaca #berjaga-jaga