Empat jari tersepit dalam mesin proses kulit karipap

Abd Razak Mohd Ali
Ogos 10, 2021 13:14 MYT
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit dan proses itu mengambil masa selama tiga minit. - Gambar ihsan Bomba
BAGAN SERAI: Seorang remaja perempuan terpaksa menahan sakit apabila empat jari tangan kanannya tersepit di dalam mesin membuat kulit karipap di sebuah kedai di Jalan Taiping dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, ibu jari remaja berusia 18 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.45 pagi.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit,” katanya di sini hari ini.
Bomba hanya mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.
#empat jari #tangan kanan #remaja perempuan berusia 18 tahun #tersepit #mesin proses kulit karipap #Hospital Parit Buntar #Bagan Serai
;