Tiga warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM kerana disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan Daish
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua daripadanya ditahan di Sabah manakala dua warga Bangladesh ditahan di Kuala Lumpur.
“Dengan tertangkapnya empat suspek ini, satu sel baharu pengganas yang mahu menjadikan Sabah sebagai transit untuk anggota dari Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina berjaya dilumpuhkan.
“Mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah 6 A Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747),” jelas kenyataan itu.
BACA: Kegiatan militan Daish kini beralih ke selatan Filipina
BACA: Bicara kes peniaga sokong kumpulan Daish ditetapkan 14 hingga 16 Februari
Tambahnya, hasil siasatan juga mendedahkan bahawa sel yang diketuai Dr Mahmud Ahmad telah bergabung dengan Kumpulan Abu Sayyaf pimpinan Isnilon Hapilon yang telah berbaiah dengan Abu Bakar Al Baghdadi, Pemimpin Daish.
“Suspek pertama ialah lelaki warganegara Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam telah ditahan pada 13 Januari di Kota Kinabalu. Dia merupakan anggota sel kumpulan Daish yang telah diarah merekrut dan mengatur penyusupan anggota-anggota baharu Daish dai Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Rohingya ke Selatan Filipina.
“Suspek kedua adalah wanita tempatan berusia 27 tahun yang ditangkap bersama-sama suspek pertama dari Selangor yang direkrut pada awal Januari lalu melalui media sosial. Ketika ditahan, suspek dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan sebelum menyusup masuk ke selatan Filipina dan mengaku merancang untuk berkahwin dengan suspek petama.
“Dua lagi suspek lelaki ialah warga Bangladesh berusia 27 dan 28 tahun di Kuala Lumpur pada 19 Januari 2017. Mereka juga disyaki ada hubungan dengan kumpulan pengganas Daish yang beroperasi di Bangladesh,” jelas kenyataan itu lagi.
Hilal Azmi
Mon Jan 23 2017
![Empat ditahan kerana terlibat Daish Empat ditahan kerana terlibat Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61477466731_KhalidAbuBakar.jpg)
KHALID: Tiga warga asing dan seorang wanita tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM kerana disyaki terbabit dengan Daish. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680607592_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul 1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659859634_JamsilSportsComple.jpg)
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71595553091_Ffighterjets.jpg)
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
![Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643254142_AntonioGuterres.jpg)
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
![Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608470917_Afghan.jpg)
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
![6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia 6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/71553380736_explosive.jpg)
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
![EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592658755_kesatuaneropahEU.jpg)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
![UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604441223_TBPritiPatel.jpg)
UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.