Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) didalangi 'Ejen Dallal' yang dipercayai mengenakan bayaran tidak kurang RM15,000 kepada setiap seorang etnik Rohingya untuk urusan membawa masuk mereka ke negara ini, akhirnya ditangkap.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan lanjut ke atas PATI Rohingya yang ditahan pada 5 April lalu di Langkawi.
Menurutnya, lanjutan daripada maklumat itu juga pihaknya berjaya menahan empat suspek yang disyaki dalang aktiviti penyeludupan PATI yang beroperasi di sekitar utara dan selatan semenanjung.
Katanya, dalam bahasa Bangladesh, 'Dallal' bermaksud panggilan yang digunakan untuk ejen-ejen darat.
Keempat-empat suspek berusia 24 tahun dan 53 tahun ini ditangkap dalam 'Ops Dallal' yang melibatkan urus niaga jenayah penyeludupan PATI.
Zulinda berkata, tangkapan keempat-empat suspek dilakukan serentak di Kota Sarang Semut, Pendang dan Simpang Empat pada 3 Mei.
Kesemua suspek pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) merupakan dalang utama aktiviti jenayah penyeludupan PATI yang aktif beroperasi di Kedah, Pulau Pinang dan Johor.
"Kalau ikut siasatan awal, memang ada rangkaian telah mereka laksanakan, ataupun aktiviti-aktiviti telah mereka laksanakan sebelum kejadian kemasukan 202 orang itu. Setakat ini, kalau kita tengok daripada unsur-unsur pembahagian ataupun transaksi mereka, warga Rohingya ini tidak ada akaun bank maka mereka menggunakan akaun-akaun bank warga tempatan," ujarnya.
Zulinda berkata demikian pada sidang media di Pejabat APMM Zon Maritim Kuala Kedah di Alor Setar, pada Selasa.
Katanya, Maritim Malaysia sedang menjejaki beberapa lagi anggota sindiket yang terlibat khasnya tekong-tekong darat yang disyaki bersekongkol dengan tekong laut untuk menyeludup PATI ke negara ini.
Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.
Pada 5 April lalu, sebuah bot hanyut yang membawa 202 PATI dipercayai etnik Rohingya ditahan di 1.2 batu nautika barat daya pantai peranginan Resort Ritz-Carlton, Langkawi kerana cuba memasuki negara ini secara haram.
202 orang ditahan itu terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 05 2020
Dua daripada empat ejen Dallal yang berjaya ditangkap pihak berkuasa. - APMM
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Menurut APMM, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.