Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat petang ini

Sinar Harian
Jun 18, 2024 17:41 MYT
Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang pada Selasa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Empat daerah di Selangor iaitu Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 6 petang pada Selasa.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan beberapa daerah di negeri Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak serta Sabah.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata agensi itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Sinar Harian
#Selangor #ramalan cuaca #cuaca buruk #hujan lebat
;