Empat beranak maut dirempuh treler beras
Vivi Sumanti
September 29, 2017 12:36 MYT
September 29, 2017 12:36 MYT
Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh di sini, pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, kejadian yang berlaku pada jam 7.15 pagi tadi melibatkan sebuah treler muatan beras dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira.
Menurut Abdullah, ketika ini kerja dan operasi masih giat dijalankan oleh pihak polis dan anggota bomba.
Mangsa dikatakan dari sebuah keluarga melibatkan sepasang suami isteri dan dua anak, semuanya penumpang kereta berkenaan.
Ketua Balai Balai Bomba dan penyelamat Gua Musang, Anuar Abas memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.24 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota dan tiga jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit.
Identiti mangsa setakat ini belum diperolehi.