Empat beradik rindu ibu-bapa di Sweden, berdepan masalah di sekolah
Astro Awani
Mac 4, 2014 07:13 MYT
Mac 4, 2014 07:13 MYT
Dugaan demi dugaan dihadapi empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden.
Bukan sahaja menanggung rindu yang menebal kepada ibu bapa, mereka turut berdepan masalah di sekolah.
Sehingga kini mereka masih sukar mengikuti pembelajaran kerana masalah bahasa.
Aisyah, anak sulung Azizul Raheem dan Shalwati Norshal berkata, dia dan adik-adiknya belum dapat memahami secara menyeluruh Bahasa Malaysia.
Aisyah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala, Melor manakala tiga adiknya yang lain di Sekolah Kebangsaan Padang Kala.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata kerajaan sentiasa memantau perkembangan perbicaraan pasangan itu di sana.
Katanya, kerajaan tidak akan masuk campur dalam perundangan negara itu, dan biarlah mahkamah Sweden membuat keputusan yang dijangka akan berakhir 15 Mac ini.