Empat awak-awak hilang tongkang karam di Sarikei

Bernama
November 27, 2016 12:15 MYT
Sebuah tongkang yang membawa batu kelikir tenggelam bersama enam awak-awaknya berhampiran Kampung Petanak, Pulau Bruit, Tanjung Manis, di bandar Sarikei (gambar). - Gambar fail
Sebuah tongkang yang membawa batu kelikir tenggelam bersama enam awak-awaknya berhampiran Kampung Petanak, Pulau Bruit, Tanjung Manis, Sarikei pagi tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua daripada mereka bagaimanapun dilapor selamat setelah sempat berpaut pada tongkang tersebut.
Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 8.33 pagi dan pasukan mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah segera digegaskan ke lokasi kejadian.
Turut serta dalam operasi ialah pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan dua buah bot. - BERNAMA
#APMM #kampung petanak #karam #Pulau Bruit #tanjung manis #tongkang
;