Empat anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu dilantik
Isabelle Leong
September 4, 2020 14:06 MYT
September 4, 2020 14:06 MYT
Sejumlah empat anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu dilantik berkuat kuasa mulai 4 September 2020 hingga 3 September 2022.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Kehakiman pada Jumaat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk melantik empat anggota baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Datuk Lindon Albert, Datuk Mah Weng Kai dan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang tamat tempoh perkhidmatan mereka pada 3 September lalu.
Barisan baharu suruhanjaya tersebut dianggotai oleh dua mantan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.
Dua lagi anggota lain ialah mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Stephen Chung Hian Guan dan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya Datuk Prof Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin.
Pelantikan tersebut mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).
#anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
#mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Prasad Sandosham Abraham
#Prof Madya Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin
#Stephen Chung Hian Guan
#Suriyadi Halim Omar