Empangan Klang Gate terus alami kemerosotan paras air

Astro Awani
April 15, 2014 08:02 MYT
Empangan Klang Gate - Gambar Fail
Empangan Klang Gate antara empangan utama membekalkan air di Lembah Klang turut berdepan dengan kemerosotan paras air, berikutan cuaca panas berterusan.
Meskipun hujan semakin kerap kebelakangan ini, namun ia tidak berlaku di kawasan tadahan empangan .
Awal tahun lalu paras air di paras tangga empangan Klang Gate berkenaan.
Namun, pada 10 Mac lalu empangan tersebut terus menyusut.
Dalam tempoh sebulan parasnya menurun ke 52 peratus daripada 66 peratus.
Sebelum ini, pengarah Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) Md Khairi Selamat berkata, empangan Klang Gate hanya mampu bertahan untuk tempoh 88 hari sahaja lagi.
Bagi memastikan, bekalan air mencukupi, LUAS mengunjurkan sekurang-kurangya 200mm hujan supaya paras air berada pada tahap 55 peratus.
Empangan Klang Gate berfungsi untuk pemprosesan loji bagi Bukit Nanas dan loji Wangsa Maju.
Ia membekalkan air kepada penduduk di 577 kawasan di Wangsa Maju dan Gombak.
Berikut paras semasa takungan air di empangan utama di Selangor:
#Empangan Klang Gate #Empangan Langat #Empangan Sungai Selangor #Empangan Sungai Tinggi #paras air
;