Elektrik terputus, cikgu terpaksa mengajar di kaki lima sekolah

Astro Awani
Mac 31, 2017 12:50 MYT
Hampir 200 murid dan guru terpaksa belajar dan mengajar dalam kepanasan ekoran ketiadaan bekalan elektrik. - Foto Astro AWANI
Akibat terputus bekalan elektrik sejak seminggu lalu, sebahagian cikgu di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka terpaksa mengambil inisiatif mengajar di kaki lima sekolah.
Tindakan itu dilakukan kerana keadaan kelas yang panas berikutan kipas elektrik tidak dapat dihidupkan.
Menurut Guru Besar sekolah terbabit, Jabarali Latheff, bekalan elektrik terputus ekoran kejadian litar pintas di kotak fius utama 27 Mac lalu.
Sejak itu, cikgu dan murid terpaksa menggunakan buku dan kertas untuk mengipas badan mereka.
Murid juga dibenarkan memakai kemeja T dan seluar sukan bagi mengurangkan kepanasan.
Pihak Pejabat Pendidikan Negeri ketika dihubungi memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
#Jabarali Latheff #kepanasan #SK Masjid Tanah