Elaun KPT akan diterima pelajar di luar negara seawal esok

T K Letchumy Tamboo
Oktober 4, 2016 18:08 MYT
Pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di luar negara yang sengsara akibat kelewatan pembayaran elaun sara hidup, akan menerima elaun itu seawal esok.
Pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di luar negara yang 'sengsara' akibat kelewatan pembayaran elaun sara hidup, akan menerima elaun itu seawal esok.
KPT menjelaskan bahawa proses kelewatan pembayaran itu adalah disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
"Semua pelajar tajaan KPT di luar negara akan menerima elaun sara hidup bagi bulan Oktober 2016 hingga Januari 2017 seawal esok, 5 Oktober 2016, atau selewat-lewatnya pada 11 Oktober 2016.
"Pembayaran elaun sara hidup melibatkan 1,167 pelajar ini adalah bergantung kepada proses transaksi bank-bank tempatan di luar negara," kata KPT melalui satu kenyataan media.
Sebelum ini, suatu pekeliling kelewatan pembayaran elaun sara hidup dihantar oleh kementerian tersebut kepada semua pelajar PhD di luar negara.
Kementerian itu yang menyebut kelewatan pembayaran elaun adalah selama tiga minggu iaitu pada 14 Oktober ini.
#elaun #KPT #luar negara #pelajar PhD #pembayaran elaun sara hidup
;