Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan

Bernama
Jun 21, 2023 16:37 MYT
Hajiji berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). - Gambar fail
KOTA KINABALU: Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Katanya kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menambah elaun tersebut.
Ketika ini guru KAFA dan Imam Rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850, yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum.
-- BERNAMA
#Sabah #guru KAFA #imam rawatib #kenaikan elaun
;