Elak upah amah secara haram

Izza Izelan
Februari 20, 2013 14:02 MYT
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Priyatno melahirkan rasa kesal terhadap insiden kes dera yang melibatkan bayi berusia empat bulan oleh seorang amah warga Indonesia di Kuantan.
Beliau juga menegaskan insiden tersebut tidak menjejaskan hubungan baik Malaysia-Indonesia.
Herman pada masa sama menegaskan insiden berkenaan dapat dielakkan jika majikan mengikut prosedur betul dalam urusan pengambilan amah Indonesia./
Walaupun Yuliana sudah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan Mahkamah Sesyen, pada Selasa, Herman berkata, hak perlindungan maksimum akan diberikan kepada Yuliana oleh pihak kedutaan.
Ini termasuk mendapatkan peguam untuknya, serta memastikan perbicaraan dilakukan secara adil.
Setakat ini, keluarga Yuliana masih belum dimaklumkan mengenai insiden.
Yuliana berusia 23 tahun yang baru bekerja dua hari dirakam melakukan penderaan terhadap bayi, Mohamad Hareez dalam rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang oleh majikan di rumah mereka.
Dalam rakaman tersebut, Yuliana dilihat menghempas dan mencampak bayi beberapa kali.
Klik video untuk menonton rakaman penuh wawancara bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Priyatno.
#amah #dera #Duta Besar Indonesia #Herman Priyatno #Indonesia
;