Elak serpihan tayar, pemuda nyaris maut motosikal terbabas sebelum terbakar
Abd Razak Mohd Ali
Ogos 4, 2021 05:40 MYT
Ogos 4, 2021 05:40 MYT
SLIM RIVER: Seorang pemuda cedera apabila motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terbakar di Kilometer 385.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa, Alif Amirul Harun, 21, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.
Ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan seorang dari Tanjung Malim ke Tapah dipercayai cuba mengelak serpihan tayar di atas jalan raya sebelum motosikalnya terbabas.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 12.04 pagi.
“Anggota yang tiba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River membuat pemadaman menggunakan satu aliran hose reel sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.
#motosikal terbakar
#elak tayar
#Alif Amirul Harun
#bomba
#kemalangan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Tanjung Malim