Elak salah faham penduduk Lahad Datu
Astro Awani
Mac 26, 2013 09:49 MYT
Mac 26, 2013 09:49 MYT
Penjelasan berhubung punca krisis pencerobohan di Lahad Datu kepada penduduk kampung terjejas sudah dilaksana secara berperingkat.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan, ia perlu dilakukan bagi mengelak salah faham penduduk selain menjelaskan identiti sebenar penceroboh.
Jelasnya usaha membina semula kepercayaan masyarakat mengenai beberapa isu berkaitan Lahad Datu telah dijalankan. Ia termasuk memperjelaskan dakwaan bahawa anggota pasukan keselamatan lemah.
Tambahnya kebanyakkan penduduk kampung ditemui terutama mereka yang berbangsa Suluk terkejut dengan insiden yang berlaku.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian di penempatan sementara di Dewan Embara Budi.
Program tersebut adalah sebahagian daripada program "Jasa Prihatin" yang menyalurkan bantuan kepada pihak memerlukan.