KUALA LUMPUR: Perayaan Thaipusam yang bakal disambut penganut Hindu pada 18 Jan ini perlu disambut secara sederhana bagi mengelakkan tercetusnya 'Kluster Thaipusam', namun mengekalkan tradisi dan kepercayaan agama itu.
Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk R.S Mohan Shan berkata ia penting agar dapat mengekang penularan COVID-19 terutama varian Omicron supaya tidak lebih mengganas di negara ini.
Justeru itu, beliau berharap prosedur operasi standard (SOP) yang bakal diumumkan kerajaan dalam beberapa hari lagi juga perlu bersifat inklusif dan tegas.
"Mungkin kita boleh menyambut ia seperti tahun lepas iaitu perarakan pedati tanpa penganut, membawa pal kudam (belanga susu) atau kavadi secara tersusun. Namun masyarakat India yang perlu membuat keputusan bijak dan pilihan di tangan mereka," katanya kepada Bernama.
Mohan yang turut mengikuti Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique melakukan tinjauan ke lokasi sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Sungai Petani, Kedah Jumaat lepas bagi memperkemas cadangan SOP, berkata kerajaan sedang memperhalusi segala cadangan daripada kuil-kuil yang terlibat sebelum memuktamadkan SOP berkenaan.
Thaipusam merupakan perayaan yang disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan 'Thai' iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil untuk memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya Dewi Parvati bagi menghapuskan kuasa jahat iaitu Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata sebarang aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai mampu meningkatkan jangkitan COVID-19, justeru bagi memastikan keselamatan bagi perayaan Thaipusam, penganut perlu mendapatkan perlindungan maksimum seperti vaksinasi penuh termasuk dos penggalak.
Mengulas lanjut, beliau berkata Thaipusam boleh disambut tetapi ia perlu dalam cara selamat dan norma baharu di samping bilangan orang yang terlibat dalam perarakan keagamaan mungkin dihadkan untuk mencegah penularan jangkitan.
"Adalah penting semua penganut mendapat vaksin sepenuhnya. Pelitup muka harus dipakai dan penjarakan fizikal dipatuhi dengan ketat. Elak kesesakan di premis dengan kawalan yang betul.
"Pihak berkuasa juga perlu bertemu dengan pihak pengurusan kuil dan penganjur sebelum sambutan perayaan itu mengenai semua pengaturan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan," katanya.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 122 individu dijangkiti varian Omicron setakat 4 Jan dan menjangkakan kes harian COVID-19 mencecah 30,000 sekiranya langkah bagi membendung gelombang varian Omicron tidak diambil.
Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor C. Sethupathy pula berkata pihaknya masih menunggu SOP muktamad daripada kerajaan bagi sambutan Thaipusam, namun beberapa persediaan sudah mula dilaksanakan.
Katanya pihak kuil telah menerima surat daripada kerajaan bagi memulakan persiapan untuk sambutan itu dan Kuil Batu Caves yang terkenal dengan patung Dewa Murugan terbesar di dunia setinggi 42.7 meter itu mula menerima penganut Hindu sejak beberapa minggu lepas.
"Sebanyak 500 paal kudam (belanga susu) dan beberapa kavadi telah diambil oleh penganut sebagai pembayaran nazar mereka setakat ini," katanya.
Tinjauan Bernama semalam juga mendapati penganut Hindu mula menunaikan nazar dengan membawa kavadi, pal kudam dan mencukur rambut yang dianggap paling suci dengan menaiki 272 anak tangga Batu Caves menuju ke kuil di dalam gua itu.
Pada 14 Dis, Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan masih memperhalusi SOP perayaan Thaipusam dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat, serta penularan varian Omicron COVID-19.
Susulan itu, Halimah kini dalam proses melakukan tinjauan ke lokasi sambutan perayaan itu bagi memperkemas cadangan SOP. Sesi tinjauan itu untuk melihat dengan lebih dekat proses perjalanan dan pergerakan pedati serta lokasi bagi upacara keagamaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
Mohan Shan berharap SOP yang bakal diumumkan kerajaan dalam beberapa hari lagi juga perlu bersifat inklusif dan tegas. - Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
Tak sempat sambut Thaipusam, kuil dilanda banjir
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Thaipusam
Ahmad Zahid menerusi catatan di Facebook berkata keindahan Malaysia terisi dengan kepelbagaian kaum, agama, adat dan tradisi, namun ia tetap harmoni.
Thaipusam kukuhkan nilai kekeluargaan
Bagi Nanthagoballa Morganan mengangkat kavadi pada usia dewasa menjadi lebih bermakna buatnya.
PM ucap selamat menyambut Thaipusam kepada masyarakat Hindu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada masyarakat Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya esok.
500,000 pengunjung dijangka ke Ipoh sempena Thaipusam
Terdapat lencongan dan penutupan jalan bagi memberi ruang kepada perayaan serta perarakan pedati juga kavadi.
Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup mulai esok sempena Thaipusam
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup bermula malam esok - Polis
Sebanyak 23 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula malam esok bagi memberi laluan kepada perarakan pedati sempena sambutan Thaipusam, Khamis ini.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.