Elak hadiri perhimpunan besar, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Mei 12, 2021 19:07 MYT
Masyarakat diingatkan untuk mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar termasuk solat Aidilfitri melebihi had dibenarkan. - Astro AWANI \ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Masyarakat diingatkan untuk mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat sunat Aidilfitri beramai-ramai melebihi had dibenarkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut meminta masyarakat menangguhkan aktiviti ziarah termasuk ke kubur.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Rabu:
1) Sebanyak 4,765 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 453,222 kes.
2) Selangor mencatat angka tertinggi dengan 2,082 kes diikuti Kuala Lumpur (540) dan Sarawak (405).
3) Negara mencatatkan rekod kematian tertinggi iaitu 39 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,761.
4) 20 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 12 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, dan setiap satu untuk kumpulan berisiko tinggi, keagamaan dan Institusi Pendidikan KPM.
5) Sebanyak 14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351 dikenal pasti dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021.
#COVID-19 #hari raya #ICU #varian South African
;