Elak beri gelaran buruk, walau tidak bersetuju - Saifuddin

Astro Awani
Julai 8, 2020 05:07 MYT
SAIFUDDIN: Jika tidak bersetuju dengan sesuatu laporan berita, kita perlu mengelak memberi gelaran buruk kepadanya. - Gambar fail
Walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu laporan berita, tidak perlu memberi gelaran tidak elok kepada agensi atau stesen terbabit.
Demikian tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengulas insiden penggunaan bahasa kesat ke atas sebuah stesen berita luar negara.
Ia susulan laporan stesen berita itu berhubung layanan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia semasa wabak COVID-19.
Terdahulu, polis telah memulakan siasatan terhadap wartawan terlibat dalam laporan stesen berita itu, manakala Jabatan Imigresen sedang menjejaki seorang warga asing yang diwawancara.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut menegaskan kerajaan tidak mendiskriminasi pekerja asing dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
BACA: Rakyat Bangladesh puas hati layanan kerajaan Malaysia di pusat kuarantin
BACA: NGO tuntut Al Jazeera disiasat dengan terperinci, mohon maaf secara terbuka

Kita tak setuju dgn satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dgn panggilan itu. Sy dimaklumkan oleh Pengerusi Bernama yg tindakan telah diambil. https://t.co/vTSmwWCAL8

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) July 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Al Jazeera #COVID-19 #gelaran buruk #Imigresen #kerajaan #kesihatan #koronavirus #laporan berita #Malaysia #menteri #Noor Hisham Abdullah #pekerja asing #polis #Saifuddin Abdullah #siasatan #stesen berita
;