El Nino: Tanaman, sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas - Mohamad Sabu
Bernama
Februari 13, 2024 16:11 MYT
Februari 13, 2024 16:11 MYT
SHAH ALAM: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan keadaan tanaman dan sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas setakat ini biarpun negara sedang berdepan dengan cuaca panas dan fenomena El Nino.
Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, dan pada masa sama meminta petani, nelayan dan penternak mengambil langkah penjagaan kesihatan yang lebih baik terutama ketika bekerja di lapangan.
Pada masa sama, Mohamad berkata pihak kementeriannya akan menyertai mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada minggu depan, bagi membincangkan persiapan negara dalam menghadapi fenomena El Nino.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.
-- BERNAMA
#El Nino
#sumber bekalan makanan tempatan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Mohamad Sabu