KOTA KINABALU: Masih belum ada keputusan daripada kerajaan tentang harga beras pada masa ini, walaupun terdapat laporan media hari ini mendakwa kenaikan harga beras bakal berlaku bulan depan akibat kekurangan bekalan kesan daripada El Nino.
Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kementeriannya bersedia menghadapi sebarang kesan akibat cuaca panas itu termasuk melibatkan harga beras.
"Sekarang ini kita sudah minta pegawai dapatkan maklumat daripada KPKM (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan) mungkin lewat petang ini kita akan peroleh, desas-desus (berlaku) kenaikan (harga) itu tiada lagi, bukan keputusan daripada kerajaan lagi.
"Kementerian saya dan KPKM akan bertukar nota hari ini dengan secepat mungkin mengenai perkara ini, kemudian kita keluarkan satu kenyataan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei di Depo Petronas Dagangan Berhad, Sepanggar di sini hari ini.
Misi itu menyaksikan pembekalan 150 tan metrik gas petroleum cecair (LPG) tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei bermula 16 Jun lepas hingga 1 Julai ini.
Media hari ini melaporkan Pengarah Urusan Pasar Raya Besar Mydin Ameer Ali Mydin mendakwa akan terdapat kenaikan harga beras antara RM1 dan RM2 sekampit bagi beberapa jenis beras, termasuk beras putih import pada bulan depan.
Ameer Ali juga mengaitkan lonjakan harga beras putih tempatan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat gelombang panas baru-baru ini yang menjejaskan penuaian musim lepas, namun menurutnya bekalan dijangka stabil menjelang September.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Salahuddin berkata kementeriannya bersedia menghadapi sebarang kesan akibat cuaca panas itu termasuk melibatkan harga beras. - Foto fail/BERNAMA
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.
Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar
PM yakin harga beras boleh dikurangkan sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Kerajaan akan kaji harga beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan mengkaji harga beras putih tempatan (BPT) yang ditetapkan pada RM2.60 sejak tahun 2008.
Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu
Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.
KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.
Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna
Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat.
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah
Usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.
Bekalan beras tempatan kurang kerana pembelian panik - Mohamad Sabu
Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah tersebut termasuk melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan.