Ekstrimisme dan pemesongan akidah pengaruhi kumpulan ajaran sesat
Aizat Sharif
November 16, 2013 08:52 MYT
November 16, 2013 08:52 MYT
Tujuan ekstrimisme dan pemesongan akidah merupakan dua perkara yang dilihat mempengaruhi kegiatan sesebuah kumpulan ajaran sesat di dunia.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata konsep ekstrimisme lebih digunakan untuk tujuan-tujuan berbentuk keganasan manakala pemesongan akidah pula lebih menjurus kepada menyesatkan akidah dari tujuan dan landasan sebenar sesebuah agama itu.
“Jika kita lihat beberapa kumpulan ajaran sesat di dunia ini seperti Aum Shinrikyo di Jepun dan Al Maunah pada awal tahun 2000 dan kumpulan Imam Mahdi di awal tahun 80an di negara ini yang menggunakan agama sebagai topeng dalam menjalankan kegiatan ekstrimisme mereka dan ini berbeza dengan kumpulan ajaran sesat yang hanya menggunakan pemesongan akidah sebagai bentuk pengisian ajaran mereka seperti Ajaran Kerajaan Langit (Ayah Pin), Ajaran Haji Kahar, Al-Arqam dan berbagai-bagai lagi,” kata Kamal kepada Astro AWANI.
Selain itu juga, pengikut-pengikut ajaran sesat ini akan menjadi taksub dan akan melakukan apa sahaja untuk kesejahteraan ketua atau pemimpin mereka.
“Sesiapa yang memusuhi ketuanya adalah musuh pengikutnya juga dan mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk menawan hati pemimpin terhadap setiap tindakan mereka,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, perlakuan-perlakuan ekstrimisme yang dilakukan oleh pengikut sesebuah kumpulan ajaran sesat itu bolehlah dibahagikan kepada dua.
“Pengikut akan taat dan melakukan setiap arahan dari pemimpin atau ketua kumpulan manakala satu lagi tindakan lebih berbentuk kepada gerakan secara solo yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa mahupun ketua namun ianya lebih kepada mahu ‘impress’ atau menawan hati ketua atau pemimpin bahawa merekalah yang terbaik,” tambahnya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, polis berkata pihak mereka mempunyai setiap butiran peribadi dan alamat lengkap anggota kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada 10 November yang lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad memberitahu Astro AWANI bahawa setiap butiran dan alamat pengikut ajaran tersebut telah diperoleh oleh polis berdasarkan siasatan yang dijalankan.
“Oleh hal demikian, kami sekali lagi menyeru kepada anggota kumpulan tersebut supaya menyerah diri dalam membantu siasatan polis,” kata Mohd Zakaria.
Sehingga kini, menurutnya, hanya empat orang pengikut ajaran tersebut telah menyerah diri manakala yang lain sedang dikesan kerana dipercayai berada di negeri-negeri lain.
Dan berikut adalah kronologi jenayah yang membabitkan beberapa kumpulan ajaran sesat di negara ini:
B