Ekspatriat tidak dibenarkan keluar Malaysia bercuti, ini 5 perkara utama sidang media

Astro Awani
Julai 14, 2020 14:53 MYT
Ekspatriat yang telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja atau menguruskan syarikat mereka tidak dibenarkan keluar Malaysia untuk bercuti. - Gambar hiasan
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini, 14 Julai 2020.
1. Ekspatriat yang telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk bekerja atau menguruskan syarikat mereka tidak dibenarkan keluar Malaysia untuk bercuti. Jika didapati melanggar peraturan ini, mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh yang ditetapkan.
2. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan dan mengeluarkan kompaun kepada 22 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
3. 1,545 PATI, 252 tekong dan 110 penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng. Turut ditahan, 51 bot atau kapal serta 153 kenderaan.
4.Masih terdapat 255 individu yang ingkar menjalani ujian saringan COVID-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah.
5. Pemantauan pihak berkuasa mendapati kesemua masjid dan surau serta jemaah yang terlibat mematuhi SOP yang ditetapkan.
#bot #ismail sabri yaakob #koronavirus #Malaysia #Media #menteri #operasi #pati #PDRM #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #rumah #SOP #ujian saringan
;