Eksklusif: Snap berhasrat sertai BN

Astro Awani
Januari 5, 2013 02:12 MYT
Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) mengemukakan hasrat menyertai Barisan Nasional (BN).
Perkara itu disahkan kepada Astro Awani oleh presidennya Edmund Stanley Jugol. Katanya keputusan kini di tangan kepimpinan BN.
Surat menyatakan hasrat berkenaan telah diserahkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak Ogos lalu.
Edmund berkata Snap perlu berada dalam komponen BN bagi meneruskan kelansungan parti berkenaan dalam politik Sarawak.
Ditanya sama ada Snap mengharapkan agihan kerusi pada pilihan raya umum nanti, Edmund berkata ia terserah kepada keputusan Kuala Lumpur.
Malah Snap juga bersedia sekiranya tidak diberi kerusi.
Dalam temubual eksklusif itu, Edmund turut mengesahkan Setiausaha Agung Snap Frankie Anak Nyumboi telah meletakkan jawatan.
Frankie memberi alasan faktor umur. Namun beliau kekal sebagai naib presiden parti itu.
Pengganti Frankie akan ditentukan pada mesyuarat parti berkenaan pada 20 Januari ini.
#Barisan Nasional #Datuk Seri Najib Razak #Edmund Stanley Jugol #Frankie Anak Nyumboi #Parti Kebangsaan Sarawak