Eksklusif: Dr Harlina jawab isu 'awak'
Astro Awani
April 12, 2016 07:52 MYT
April 12, 2016 07:52 MYT
Petugas perubatan di Pusat Perubatan UKM, Dr Harlina Halizah Siraj mengulas isu 'awak', yang mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Dr Harlina Halizah pada mulanya memuat naik satu perbualan di antara dirinya dengan seorang peniaga dalam talian di aplikasi WhatsApp, berkaitan teguran tentang adab dalam urusan rasmi.
Teguran itu menerima reaksi yang bercampur baur, malah boleh dikatakan mereka yang menyokong Dr Harlina Halizah adalah sama banyak dengan kalangan yang mengkritik.
Ikuti laporan eksklusif Astro AWANI bersama Dr Harlina Halizah.