AYER KEROH: Seorang bekas eksekutif inventori kanan sebuah syarikat petroleum terkenal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah dengan menyeleweng minyak pelincir kenderaan milik majikannya dua tahun lalu.
Tertuduh, Sheikh Izzuddin Sheikh Salleh, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu diamanahkan dengan penguasaan harta iaitu 24,461.43 kilogram (kg) minyak pelincir dengan anggaran harga RM113,000 didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan mengalihkan sebahagian minyak milik syarikat dan menyalahgunakannya.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat serta denda.
Sementara itu, dua lagi rakannya turut didakwa di dua mahkamah berasingan di hadapan Mohd Sabri dan Hakim Nariman Badruddin atas dakwaan dengan curang bersubahat melakukan pecah amanah berkenaan.
Kedua-dua tertuduh masing-masing Mohammad Safiy Khan Muzair Khan, 33, dan Mohd Zakry Abu Bakar,38, yang juga seorang kontraktor dan polis bantuan, bagaimanapun, turut mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka di bacakan oleh jurubahasa.
Justeru, mereka berdua didakwa mengikut seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 408 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 14 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Kesemua Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 20 September 2020, kira-kira jam 9 pagi hingga 1 November 2020 kira-kira jam 11.16 pagi di kawasan MG3 Melaka Lubricant Sdn Bhd (MLBP) Sungai Udang.
Mohd Sabri pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh Sheikh Izzuddin dan rakannya Mohammad Safiy Khan dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sementara Hakim Nariman menetapkan jaminan RM 7,000 kepada Mohd Zakry selain ketiga-tiga tertuduh dibicarakan serentak pada 26 September ini.
Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari.
Semua tertuduh diwakili oleh peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh, Fahmy Sulaiman, Faiezad Razali dan Melvin Tay Yee Shian.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 26 2022

Tertuduh, Sheikh Izzuddin Sheikh Salleh mengaku tidak bersalah mengalihkan sebahagian minyak milik syarikat dan menyalahgunakannya dengan anggaran RM113,000. - Gambar Astro AWANI

Pelajar putus jari, dua rakan cedera main mercun diubah suai
Mereka memasukkan belerang mercun ke dalam botol bersama batu kerikil sebelum letupan berlaku.

The Fed, PBOC kekal kadar faedah: Lima impak terhadap pasaran modal Malaysia
Mohd Sedek berkata, tindakan Fed dan PBOC memberi petunjuk bahawa kestabilan ekonomi masih menjadi fokus utama bagi negara-negara besar ini.

Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan Peguam Negara
Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal Najib terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan.
Arab Saudi ketatkan piawaian pemeriksaan iftar di Masjidilharam
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Arab Saudi telah melaksanakan piawaian pemeriksaan ketat terhadap hidangan iftar yang disediakan di Masjidilharam
Delegasi Ukraine dan AS berunding di Arab Saudi
Delegasi Ukraine dan Amerika Syarikat bertemu di Arab Saudi bagi membincangkan keselamatan infrastruktur penting, di tengah usaha gencatan senjata selama 30 hari yang dipelopori oleh Presiden Donald Trump.

Apple Watch dengan kamera dijangka hadir seawal 2027
Selain kamera pada AirPods, Apple kini dikatakan turut ingin mengintegrasikan sokongan kamera pada Apple Watch.
PM Thailand diuji usul tak percaya
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, berdepan usul tidak percaya di parlimen, dengan pembangkang mempertikaikan prestasi ekonomi serta pengaruh bapanya, Thaksin.
Uniknya berbuka puasa bersama di dalam talam
Cara berbuka puasa unik di dalam talam yang dianjurkan Majlis Iftar Talam di Masjid Kampung Tualang Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan mengimbau iftar yang dahulunya satu budaya dalam masyarakat Melayu Islam. Juadah di dalam talam dibawa sendiri oleh masyarakat kampung ke surau atau masjid untuk berbuka secara beramai-ramai.
Risiko aliran keluar dana asing menjejaskan pasaran Malaysia
Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan bahawa situasi ini mendorong pelabur asing untuk memilih mengekalkan dana mereka di pasaran yang memberikan pulangan lebih stabil, berbanding melabur dalam pasaran ekuiti negara membangun seperti Malaysia.

Penyerahan hoverkraf 'SALAMANDER' kepada TDM dijangka Oktober ini
Fasa kedua pula akan membabitkan penyerahan baki empat unit hoverkraf yang dijadualkan pada Oktober 2026.

Kawalan internet di kalangan anak-anak, apa batasannya?
Kawalan internet di kalangan anak-anak bukanlah satu cabaran yang tidak dapat diatasi oleh ibubapa masa kini.