KUALA LUMPUR: Ekosistem pekerjaan, polisi serta kemudahan yang peka gender dilihat mampu menjamin golongan wanita profesional dan berkemahiran tinggi untuk kekal dalam pasaran pekerjaan khususnya bidang tenaga pakar.
Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Prof Emeritus Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata penyediaan ekosistem pekerjaan dan kemudahan mesra wanita, penting bagi mengimbangi keperluan golongan itu sebagai pekerja lebih-lebih lagi mereka yang berkeluarga.
Jelas beliau, kajian mendapati trend wanita bekerjaya terutama dalam bidang profesional dan kemahiran tinggi meninggalkan pasaran pekerjaan apabila mencapai usia 30 ke atas disebabkan beberapa faktor seperti penuaan serta tanggungjawab membina keluarga.
"Antara kemudahan itu, kita mahu majikan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis masing-masing untuk memudahkan pekerja wanita berkeluarga ini menguruskan keluarga tanpa perlu berhenti kerja.
"Selain itu, dalam tempoh penularan COVID-19 sebelum ini, kemudahan bekerja dari rumah atau waktu kerja fleksible diperkenalkan...ini antara inisiatif yang perlu diteruskan untuk membantu pekerja wanita yang berkeluarga dan mengelakkan mereka berhenti kerja," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Sharifah Hapsah berkata, majikan dan masyarakat tidak seharusnya melihat kemudahan atau dasar peka wanita sebagai 'layanan istimewa' kepada golongan itu, sebaliknya ia cara untuk menggembleng dan tidak merugikan tenaga kerja, peranan serta kemahiran wanita dalam setiap bidang.
Beliau berkata, apabila tiada kemudahan yang peka kepada keperluan wanita terutama yang berkeluarga, mereka mula meninggalkan pasaran pekerjaan untuk memberi fokus menguruskan keluarga dan rumah tangga.
"Bila ramai wanita profesional dan berkemahiran tinggi berhenti kerja, ini akan mencetuskan kelompongan atau ketidakseimbangan gender dalam bidang tenaga kerja profesional dan kemahiran tinggi...satu kerugian buat negara.
"Akibat tiada polisi yang peka kepada keperluan wanita, mereka tiada pilihan selain terpaksa berhenti kerja dan mengorbankan bakat, kemahiran dan kelayakan mereka," katanya.
Sharifah Hapsah berkata dalam masa sama pandangan skeptikal terhadap wanita yang sering dianggap tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua, pemimpin atau pembuat keputusan perlu dihapuskan.
Tegasnya penglibatan wanita dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan amat penting untuk mencapai sesuatu keputusan yang lebih berkualiti kerana pemikiran serta pandangan wanita berbeza dengan lelaki.
"Ramai mungkin mengatakan wanita sebagai ketua akan memimpin secara beremosi, tidak tepat sama sekali...sebaliknya apabila adanya wanita, ia mewujudkan ruang perbincangan yang penuh dengan pelbagai perspektif.
"Malah wanita sebagai pembuat keputusan atau diberi peranan besar dalam pengurusan akan menjadikan setiap keputusan yang dicapai lebih berkualiti, malah ia mewujudkan kesamaan gender serta diversiti dalam organisasi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua NCWO itu turut mencadangkan agar kerajaan terus melaksanakan penambahbaikan dalam sudut perundangan termasuk melakukan pindaan kepada Perlembangaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu taraf kewarganegaraan anak kepada wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing.
Mengambil contoh Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Julai lepas, beliau menyifatkan ia sebagai kejayaan awal dan langkah ke hadapan untuk memartabatkan darjat wanita.
"Sudah tiba masanya, undang-undang sedia ada disemak dan dipinda bagi memastikan setiap peraturan lebih inklusif kepada wanita dan lelaki serta tidak dilihat berat sebelah," katanya yang optimis peranan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan akan terus diperkasakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022

Penyediaan ekosistem pekerjaan dan kemudahan mesra wanita, penting bagi mengimbangi keperluan golongan itu sebagai pekerja lebih-lebih lagi mereka yang berkeluarga. - Gambar hiasan/Reuters

Usahawan Digital TM perkasa lebih 2,000 usahawan B40
Purata RM5,000 bagi setiap usahawan disampaikan dalam bentuk peranti, penyelesaian digital dan sumber latihan.

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus pada 2025, 4.0 peratus pada 2026 - IMF
Menurut IMF, unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025.
Naskhah terjemahan mampu tampung karya agung dunia
Sejarawan dan penterjemah Rusia, Dr. Victor Pogadaev melihat usaha menerbitkan naskhah terjemahan dalam sebarang bahasa sastera, tanpa terkecuali bahasa Melayu mampu menjadikan bahasa berkenaan menampung karya agung dunia.
Lebih ramai warga Rusia minat Bahasa Melayu
Ratusan warga Rusia yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia semakin meminati Bahasa Melayu didorong kejayaan beberapa acara yang dianjurkan oleh Rumah Rusia di Jalan Ampang.
Isu tribunal hak asasi, TMM 2026 dan tenaga nuklear tumpuan Dewan Rakyat
Sidang Dewan Rakyat hari ini fokus kepada status tribunal hak asasi, promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, dan kesiapsiagaan negara meneroka tenaga nuklear.
IMF naikkan unjuran pertumbuhan global & AS bagi 2025, 2026
IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.

19 terbunuh dalam serangan udara Rusia ke atas penjara, hospital di Ukraine
Serangan turut mengorbankan seorang wanita hamil berusia 23 tahun dan dua individu lain.
Guru Besar maut, warga emas dihempap pokok di Bera
Dua kematian dilaporkan di Bera — seorang guru besar maut dalam kemalangan jalan raya, manakala warga emas dihempap pokok ketika menunggang motosikal.
KPDN peruntuk RM3.3 juta di Pos Brooke & Kuala Betis untuk penyelarasan harga
Masalah harga barangan keperluan asas yang tinggi di kawasan perkampungan orang asli diberi perhatian apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan lebih RM3.3 juta bagi program pengedaran barang perlu di dua kawasan masyarakat orang asli di Pos Brooke dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Korban genosid Gaza cecah 60,000, serangan Israel berterusan
Lebih 60,000 rakyat Palestin terkorban sejak serangan Israel bermula Oktober 2023. Angka korban terus meningkat meskipun usaha bantuan dan gencatan senjata gagal dilaksana.

Wanita, anak perempuan ditemui meninggal dunia dalam rumah
Mayat seorang wanita tempatan dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemui di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada Isnin.

Ekosistem generatif AI perlu lebih inklusif: Wanita wajar diberi ruang
Ekosistem AI generatif perlu lebih inklusif dengan penglibatan wanita dalam kepimpinan strategik.

Kementerian Komunikasi komited bantu wanita Pulau Berhala jadi e-usahawan
Kementerian Komunikasi sedia membantu kumpulan wanita di Pulau Berhala, Sandakan menjadi e-usahawan.

KPDN Kelantan tahan wanita jual beg tangan tiruan dalam talian
Seorang wanita ditahan kerana disyaki menjual beg tangan tiruan melalui media sosial di sebuah premis di Kampung To' Deh, Rantau Panjang semalam.

Usahawan wanita digesa kuasai teknologi, cipta inovasi
Golongan usahawan wanita disaran merebut peluang dalam bidang teknologi dan penyelidikan.

Wanita perlu sedia belajar semula, tingkatkan akses kepada teknologi - CEO UOB Malaysia
UOB Malaysia telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk menyokong wanita dalam ekonomi digital.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

'SHEconomy' pacu pertumbuhan inklusif ASEAN - Presiden WEF
Landskap ekonomi ASEAN perlu merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama bersepadu yang memperkasa wanita.

Wanita kena "love scam" rugi hampir RM1 juta
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat dengan penipuan cinta atau love scam yang menyebabkan kerugian hampir RM1 juta.

Pekerja swasta rugi hampir setengah juta ditipu Macau Scam
Seorang pekerja wanita sebuah syarikat swasta kerugian RM489,550 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau Macau Scam.