Ekonomi negara kembali mengukuh pasca COVID-19 - Anwar

Firdaus Azil
Disember 15, 2022 18:51 MYT
Anwar sedia maklum bahawa kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambil kira risiko-risiko tertentu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi negara kini kembali mengukuh pasca COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan media, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau bersama dua timbalan kementerian itu, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong, telah menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi Bank Negara Malaysia awal hari ini.
Namun Anwar berkata, beliau sedia maklum kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambil kira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik, dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk, serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan.
“Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini.
“Usaha dan upaya saya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta memperkukuh asas-asas ekonomi negara,” katanya lagi.

Tengahari tadi saya berkunjung ke @BNM_official untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini. pic.twitter.com/dQbFlPvRRO

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) December 15, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anwar berkata, antara pendekatan dan langkah yang akan diambil ialah menarik pelaburan yang berkualiti, peralihan kepada ekonomi rendah karbon, mempertingkat perlindungan sosial, serta memantapkan daya tahan fiskal,
Katanya lagi, kesemua langkah-langkah berkenaan aan dilaksanakan dengan dukungan BNM dan semua jabatan yang berkaitan.
#Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #Bank Negara Malaysia #ekonomi negara
;