KUALA LUMPUR: Terdapat tiga masalah utama dari Model Ekonomi Baharu (NEM) yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010, dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi hingga ke hari ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang disiarkan di Astro AWANI dan RTM secara langsung pada Rabu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tiga masalah tersebut ialah penumpuan sektor ekonomi secara terpilih; dasar gaji yang tidak progresif dan kedudukan kewangan kerajaan lemah.
Namun, beliau berkata, situasi itu mewujudkan persoalan sama ada Malaysia mempunyai kemampuan untuk menjadi kuasa ekonomi serantau dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini.
“Pertamanya, ekonomi kita semakin ketinggalan berbanding pesaing kita. Kita terlalu selesa dengan limpahan ekonomi yang dibawa industri berdasarkan kepada kekayaan semula jadi kita. Contohnya minyak, contohnya perladangan.
“Keduanya gaji yang dibayar kepada rakyat terlalu rendah dan tidak naik seiring dengan harga barang sejak 20 tahun lalu. Antara perkara pertama saya lakukan ialah mengarahkan supaya statistik gaji diusahakan. Laporan statistik menunjukkan bahawa gaji rendah adalah masalah struktur nombor dua dalam ekonomi negara kita.
“Masalah tadi bawa ke masalah ketiga – iaitu kedudukan kewangan kerajaan yang lemah. Pertumbuhan ekonomi negara dilihat lebih perlahan disebabkan kerajaan sebelum ini bergantung kepada berhutang, dan mewujudkan pakej rangsangan ekonomi,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai masalah pertama, Rafizi berkata, kerana terlampau selesa dengan sektor yang menjadi keutamaan, akibatnya upah pekerja yang terlibat dalam kitaran ekosistem itu menjadi rendah, sedangkan hasil yang dikaut agak lumayan.
Perkara itu, jelas beliau lagi, menyukarkan peluang Malaysia untuk bersaing kerana faktor upah yang rendah, dan jauh ketinggalan berbanding negara seperti Korea Selatan, Jepun, China dan negara-negara di benua Eropah.
Rentetan situasi upah yang rendah, Rafizi berkata, ia tidak seiring dengan inflasi yang menyebabkan harga barangan menjadi lebih tinggi, dan terus membebankan majoriti isi rumah di negara ini.
“(Sebanyak) 50 peratus daripada pekerja kita berpendapatan di bawah RM2,600 sebulan, hanya RM20 saja lebih tinggi dari garis kemiskinan isi rumah terkini – RM2,580. Kemudian gaji penengah anak muda yang baru first time kerja, antara 20 – 24 tahun hanya RM1,682 sebulan, RM182 lebih tinggi dari gaji minima.
“Gaji rendah ini menyebabkan ekonomi kita menghadapi kesukaran untuk membangunkan bakat yang boleh hasilkan ekonomi yang berinovasi dan nilai tinggi. Kemudiannya memanjangkan lagi masalah kita yang terperangkap dengan ekonomi bernilai tengah,” jelas beliau lagi.
Mengenai masalah ketiga, iaitu kedudukan kewangan kerajaan yang lemah, Rafizi menggariskan, ia terhasil akibat sikap pentadbiran dahulu yang banyak bergantung kepada hutang dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi.
“Sahabat baik Syahir – (Tan Sri) Muhyiddin Yassin cukup gemar umumkan pakej rangsangan. Terbaharu untuk Selangor. Tapi rakyat perlu tahu, merangsang ekonomi dengan berhutang hanya meninggalkan bala kepada generasi muda yang akan menanggung hutang ini.
“Bila (ekonomi) lebih perlahan, gaji rendah, kutipan cukai kerajaan juga menjadi terhad. Lebih tenat apabila kerajaan ambil sikap terus menghulur wang dan subsidi tanpa tersasar, untuk meredakan kemarahan rakyat, tanpa selesaikan masalah pokok,” ujar Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR.
Rafizi berkata, kerangka Ekonomi Madani berjaya menganjakkan pendekatan ekonomi negara untuk memberi pil-pil ekonomi yang lebih radikal untuk menyelesaikan masalah-masalah pokok.
"Sebahagian pil-pil ekonomi telah pun dilancarkan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang merupakan industri yang mendapat pelaburan tertinggi di dunia. Selain mencipta peluang-peluang ekonomi, ia juga boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur kerana banyak syarikat berteknologi tinggi yang mahukan tenaga bersih untuk memindahkan operasi mereka ke negara ini.
"Begitu juga dengan Dasar Gaji Progresif yang akan menaikkan gaji kerja awam dan swasta. Untuk pengetahuan ini adalah kali pertama kerajaan campur tangan dalam menetapkan gaji semua pekerja," katanya lagi.
Rafizi berkata, ia bukan lagi rancangan, tetapi merupakan program-program yang telah dilancarkan berdasarkan kerangka baharu Ekonomi Madani.
Firdaus Azil
Thu Aug 10 2023
![Ekonomi MADANI tangani tiga masalah kelemahan utama NEM - Rafizi Ekonomi MADANI tangani tiga masalah kelemahan utama NEM - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691634561_RafiziRamli.jpg)
Menurut Rafizi, tiga masalah tersebut ialah penumpuan sektor ekonomi secara terpilih; dasar gaji yang tidak progresif; dan kedudukan kewangan kerajaan lemah. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107129_DonaldTrumpJDV.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Debat Rafizi-Syahir malam ini, rakyat jadi pengadil Debat Rafizi-Syahir malam ini, rakyat jadi pengadil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690902066_TBdebatekonomi.jpg)
Debat Rafizi-Syahir malam ini, rakyat jadi pengadil
Rafizi dan Mohd Syahir akan membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu dalam menambah baik keadaan semasa.
![Astro AWANI-RTM rakan penganjur rasmi Debat Ekonomi, Rafizi ucap terima kasih Astro AWANI-RTM rakan penganjur rasmi Debat Ekonomi, Rafizi ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690900900_TBrafizi.jpg)
Astro AWANI-RTM rakan penganjur rasmi Debat Ekonomi, Rafizi ucap terima kasih
"Kita akan jumpa pada 9 Ogos nanti..."
![Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi-Azmin Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi-Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690344791_TBAZMINRAFIZI.jpg)
Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi-Azmin
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah mengemukakan surat jemputan debat tersebut kepada pihak Rafizi dan Azmin.