Ejen pemerdagangan manusia 'Yassin' dikenalpasti polis
Astro Awani
Jun 15, 2015 18:31 MYT
Jun 15, 2015 18:31 MYT
Pihak polis telah berjaya mengenal pasti 'Yassin' yang dipercayai menjadi 'kingpin' utama sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata individu berkenaan telah melarikan diri ke Thailand dan pihak polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara Gajah Putih itu untuk membawa Yassin balik ke Malaysia bagi tujuan pendakwaan.
“Pada waktu ini pihak polis sedang mengumpul segala maklumat yang ada. Malah ‘Yassin’ yang disebutkan sebagai ‘kingpin’ utama itu bukan sahaja telah kami kenal pasti, tetapi dia telah melarikan diri ke Thailand,” kata Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Perancis di Malaysia, Cristophe Penot, hari ini.
BACA:
Kita akan cari dalang di sebalik kubur besar pelarian - Najib
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berkata pihak berkuasa Thailand telah menyerahkan beberapa dalang sindiket atau 'kingpin' penyeludupan manusia kepada pihak penguatkuasa Malaysia.
Menurutnya, polis kini sedang mengumpul maklumat terperinci berhubung kes penyeludupan manusia selain menjalankan soal siasat ke atas dalang berkenaan sebelum sebarang pendakwaan dilakukan.
Pada akhir bulan Mei lepas negara digemparkan dengan penemuan 139 kubur yang dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia yang terletak di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Perlis.
Penemuan kubur dan penempatan pelarian di Wang Burma