EgyptAir MS804: 5 perkara yang kita tahu setakat ini

T K Letchumy Tamboo
Mei 19, 2016 13:07 MYT
Ini antara lima perkara yang kita tahu mengenai kehilangan Pesawat EgyptAir MS804.
Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam Selasa (waktu tempatan).
Berikut adalah lima perkara yang kita tahu mengenai kehilangan pesawat itu setakat ini.
LAPOR LANGSUNG: Pesawat EgyptAir hilang dari radar
1. Jenis pesawat
Pesawat EgyptAir MS804 itu adalah jenis Airbus A320 dengan ketinggian 11.76 meter dan kelebaran 37.57 meter.
2. Laluan pesawat
Pesawat itu berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam (waktu tempatan) dan sepatutnya sampai di Kaherah pada pukul 3.15 pagi. Kapten pesawat dilaporkan mempunyai pengalaman sebanyak 6,000 jam penerbangan.
3. Jumlah orang dalam pesawat
Terdapat 56 penumpang dan 10 kru termasuk tujuh anak kapal dan tiga pegawai keselamatan dalam pesawat itu. Laporan awal mendedahkan penumpang termasuk dua orang bayi.
4. Tempat dan ketinggian
Pesawat EgyptAir MS804 berada pada ketinggian 37,000 kaki dan dilaporkan hilang sejurus selepas memasuki ruang udara Mesir.
5. Kenyataan EgyptAir
EgyptAir, melalui laman Twitter rasminya berkata ia telah menghubungi pihak berkuasa berkenaan dan pasukan penyelamat sedang melakukan pemeriksaan.
#egyptair ms804 #Kaherah
;