Edar dadah: Nelayan terlepas hukuman gantung

Bernama
Ogos 29, 2024 18:53 MYT
Hakim Datuk Rohaini Ismail mengarahkan Seow Sun Fong dibebaskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang nelayan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskan lelaki itu tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar 15,854 gram methamphetamine tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Rohaini Ismail mengarahkan Seow Sun Fong, 43, dibebaskan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
"Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan prima facie sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 180 (2) Kanun Tatacara Jenayah ... justeru, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk pembelaan," katanya.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nisa Hazwani Omar manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Seow dituduh mengedar dadah di tempat letak kereta di sebuah hotel di Port Dickson pada 1 Mac 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.
-- BERNAMA
#nelayan terlepas hukuman gantung #Mahkamah Tinggi Seremban #edar dadah #Seow Sun Fong #prima facie