ECRL: Tunggu kenyataan Menteri Kewangan, kata Tun Mahahir

Firdaus Azil
Januari 28, 2019 18:47 MYT
DR MAHATHIR: Kesilapan kami belum banyak, tetapi orang perasan sebab ini merupakan kerajaan baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu semua pihak untuk menunggu kenyataan rasmi dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Katanya lagi, memang ada percanggahan kenyataan antara Lim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini, tetapi ia merupakan kesilapan yang tidak disengajakan.
“Kita tunggu kenyataan rasmi dia. Memang kadang-kadang ada orang buat silap. Sebab ini merupakan kerajaan baharu.
BACA: ECRL: Kenyataan rasmi minggu depan - Lim Guan Eng
"Kesilapan kami belum banyak, tetapi orang perasan sebab ini merupakan kerajaan baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.
#ECRL #kenyataan rasmi #Laluan Rel Pantai Timur #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Menteri Hal Ehwal Ekonomi #Menteri Kewangan #Mohamed Azmin Ali #Perdana Menteri
;