Sebanyak lapan pelaburan baharu bernilai RM2.59 bilion diumum Pelaburan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi Suku Kedua tahun ini.
Ketua Pegawai Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dalam satu kenyataan berkata, angka itu mewakili sebanyak 21.6 peratus daripada jumlah sasaran pelaburan ECER bagi tahun ini.
"Ia juga dianggar mewujudkan sebanyak 4,832 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.
"Sehingga Jun, ECER berjaya mencatatkan pelaburan bernilai RM6.3 bilion atau lebih separuh daripada sasaran pelaburannya untuk tahun ini iaitu sebanyak RM12 bilion.
"Wilayah tersebut kini berada di kedudukan yang kukuh untuk mencapai sasaran pelaburan tersebut menjelang akhir tahun ini," katanya.
Mesyuarat yang diadakan buat kedua tahun ini dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi ECERDC.
Pada majlis sama, ECERDC turut mengumumkan kerjasama dan bertukar dokumen memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Swansea, United Kingdom dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang bakal membuka laluan bagi kolaborasi antara pihak universiti dan akademia di ECER sendiri.
Selain itu ia akan mempromosikan kerjasama antara kedua-dua universiti tersebut dalam bidang akademik dan penyelidikan.
Di bawah MoU tersebut, kedua-dua universiti berkenaan akan menjalin kerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan akademik yang antara lain meliputi pemindahan ilmu dan pembangunan produk untuk tujuan komersial, memudah cara kemasukan bagi kursus dan program pengajian di universiti masing-masing serta pertukaran kakitangan dan pelajar.
Dalam pada itu, UMP, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut dilantik sebagai penyedia latihan bagi Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER.
Sejak 2007, ECER berjaya menarik pelaburan dari dalam dan luar negeri berjumlah RM78 bilion yang merupakan 71 peratus daripada jumlah sasaran pelaburan sebanyak RM110 bilion menjelang tahun 2020 sekali gus dijangka mewujudkan 76,120 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.
Kata Issace lagi, dari segi sektor, kluster pembuatan merupakan penyumbang terbesar dengan pelaburan bernilai RM44.35 bilion diikuti sektor pelancongan (RM13.56 bilion), bio-ekonomi (RM5.62 bilion) dan minyak, gas dan petro-kimia (RM4.8 bilion).
Jelasnya, salah satu kejayaan utama ECER ialah taburan pelaburan di Wilayah tersebut adalah seimbang dengan meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar.
"Selain kewujudan taman-taman perindustrian di Zon Ekonomi ECER (ECERSEZ), ECER turut menerima komitmen pelaburan bagi kawasan luar bandar di Wilayah tersebut seperti di Gua Musang, Kelantan, Besut (Terengganu), Jengka dan Rompin (Pahang) serta Mersing (Johor) yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat.
"Taman-taman perindustrian di ECER seperti Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Taman Automotif Pekan, Taman Biopolimer Kertih, Taman Bio Bersepadu Kuantan, Taman Halal Gambang dan Taman Halal Pasir Mas.
"Semua taman ini menarik minat pelabur kerana keunikan dan saing masing-masing dengan nilai pelaburan terkumpul berjumlah RM24.7 bilion sehingga kini dan mewujudkan 14,809 peluang pekerjaan baharu," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 13 2015
Mesyuarat yang diadakan buat kedua tahun ini dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi ECERDC. - Foto Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan terus perkemas kerangka pembangunan ECER - PM Anwar
Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.
ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER
Ia berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia.
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu
Di bawah ECER 2.0, selain daripada penekanan terhadap pembangunan infrastruktur di destinasi pulau popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, ECERDC juga membina mercu tanda ikonik.
IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan
Penerapan transformasi digital dan IR4.0 di Malaysia juga dijangka dapat dipercepatkan apabila pelaburan teknologi tinggi masuk ke negara ini.
PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan itu membuka era baharu untuk Segamat sekaligus memacu pertumbuhan daerah itu ke tahap lebih tinggi.
Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed
Kerajaan melalui ECERDC membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka sehingga RM1,500 sebulan.
Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global
Agenda transformasi sosio-ekonomi kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib
Lebih banyak program transformasi yang memberi manfaat kepada rakyat akan dilaksanakan di masa hadapan.