KUALA LUMPUR: Kenapa Ustaz Ebit Lew lama tiada khabar berita dari Gaza?
Pendakwah bebas itu menjelaskan bahawa hampir sebulan tanpa khabar berita sejak berlepas untuk Misi Bantuan ke Palestin adalah atas sebab keselamatan ketika melalui proses di persempadanan negara itu yang rumit.
Jelas Ebit, mereka perlu melalui proses saringan yang sama dilalui oleh semua badan bukan kerajaan yang datang untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.
“Alhamdulillah, kita usaha dan dalam tempoh usaha itu kita memang dinasihatkanlah supaya kita tidak kemaskini tentang apa-apa permohonan dan sebagainya.
“Ia supaya satu demi faktor keselamatanlah, dan kedua saya ni memang jenis kalau tak ada apa-apa yang tercapai saya jarang nak kemaskini.
“Malah, jarang untuk bagi komen tentang apa-apa pun, isu semasa ke hal-hal lain ke kecuali saya dah buat sesuatu. Ha itu saya lah..” luah Ebit.
Pasukan Ebit juga adalah yang pertama di dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah sejak peperangan 11 hari pada Mei lalu.
“Jadi, saya berusaha atas faktor keselamatan saya buat begitu lah. Jadi alhamdulillah akhirnya selepas sebulan kita direzekikan masuk.
Saya diberitahu oleh Kedutaan Malaysia dan juga segala puji bagi Allah, tentera perisik Mesir, kita kumpulan pertamalah daripada Malaysia.
“Yang terawal masuk ke Gaza melalui pintu Rafah, jadi kita yang pertama sekali dan setakat ini satu-satunya, yang lain belum lulus kerana semasa kami di sana, kami berjumpa dengan berpuluh NGO yang sedang dalam proses.
“Tergolong dari seluruh dunia bukan Malaysia sahaja, yang ingin masuk ke sana mereka sedang lalui berbagai-bagai proses demi keselamatan,” kata Ebit.
Untuk itu, Ebit berterima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berusaha menjayakan misi tersebut khususnya Wisma Putra dan Kedutaan Mesir.
Tidak dilupakan, seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kelancaran misi tersebut.
Astro Awani
Wed Jun 30 2021

Pasukan Ebit juga adalah yang pertama di dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah sejak peperangan 11 hari pada Mei lalu. -Astro AWANI
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan terlibat rusuhan
Polis menahan 11 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dua lelaki lecur 75 peratus, 3 kenderaan musnah
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus dan tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Mesyuarat Ke-40 AICHR perkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN
Selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN 2025 'Keterangkuman dan Kemampanan', Malaysia akan mengetengahkan beberapa keutamaan.

Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.

Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.

PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).

Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.