Ebit Lew guna wang sumbangan TMJ beli 500 gajet

Afiq Ariffin
Februari 8, 2021 13:15 MYT
Ebit menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk membeli sebanyak 500 unit gajet khas buat pelajar yang memerlukan. - Foto Facebook @Ebit Lew
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 untuk membeli sebanyak 500 unit gajet khas buat pelajar yang memerlukan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Perkara itu dinyatakan pendakwah itu menerusi satu kemas kini di laman Facebook pada Isnin.
"Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.
"Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," tulis Ebit yang cukup popular dengan keprihatinannya terhadap orang yang memerlukan menerusi hantaran terbaharu menerusi Facebooknya itu.
Sumber Facebook ebitlewofficialpage
Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM200,000 kepada pendakwah terkenal itu di Istana Bukit Pelangi di Johor Bahru.
BACA: TMJ sumbang RM200,000 pada Ebit Lew, pelawa lakukan umrah bersama
Dalam pertemuan itu juga, Tunku Mahkota Johor turut menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk di Johor.
Jelas Tunku Ismail juga, Ebit sering menolong rakyat terutamanya mereka dari golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.
Misi Bantuan | Ebit Lew sebak terima sumbangan RM200,000 daripada TMJ
#Ebit Lew #sumbangan #wang #Sultan Ibrahim #Tunku Ismail Sultan Ibrahim #Tunku Ismail #TMJ #Facebook #Johor Bahru #pelajar #rakyat #online #pengajaran dan pembelajaran #asnaf #salur #bantuan #PdPR #sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
;