Earth Hour: Kota dunia termasuk Kuala Lumpur bergelap seketika
Astro Awani
Mac 27, 2021 05:40 MYT
Mac 27, 2021 05:40 MYT
KUALA LUMPUR: Jutaan warga dunia menyertai Earth Hour pada malam tadi, dengan ibu kota Kuala Lumpur tidak terkecuali mematikan lampu sebagai simbolik sambutan berkenaan.
Lampu dipadamkan tepat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di beberapa bangunan ikonik di ibu kota.
Antaranya Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Menara Exchange 106.
Turut dipadam ialah lampu bangunan Bursa Malaysia, lokasi terletaknya bilik berita Astro AWANI.
Tindakan memadamkan lampu ini merupakan langkah simbolik untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang disambut seluruh dunia.